![]() |
| Gambar dari google T^T |
Ezzaty mengira duit yang diperoleh. Duit raya, duit upah cuci kereta ayah dan dicampur dengan duit lebih belanja sekolah. Kesemuanya ada RM 500.00. Dia sudah memberitahu Ibu bahawa duit yang terkumpul kali ini akan disimpan dalam bank upin ipin kerana dia hendak membeli Sony PSP (Play Station Portable) yang semakin popular dalam kalangan kanak-kanak sekarang.
"Kalau Ibu simpan dalam bank upin ipin macam mana saya nak ambil balik," jelas Ezzaty. Bank Upin Ipin itu merujuk kepada simpanan dalam Bank Simpanan Nasional (BSN).Setiap kali berakhirnya Hari Raya semua duit raya mereka Ibu akan simpan dalam Bank Upin Ipin.Ia dinamakan bank upin ipin kerana sewaktu pertama kali mendaftar ada moskot upin ipin di situ dan tabung mereka juga berbentuk animasi itu.Kata Ibu, kalau simpan banyak-banyak bolehlah menang hadiah.Sebenarnya, itu lebih kepada kata-kata semangat Ibu supaya anak-anaknya suka menabung.Waktu anak-anak masih kecil mereka tidak faham maksud kata-kata seperti Ibu, hanya perasaan seronok yang akan tergambar kalau sebut dapat hadiah.
"Tak ada langsung ke nak simpan dalam bank upin ipin?" soal Ibu lagi untuk menduga hati anak perempuan keduanya yang masih belajar di tingkatan dua.
"Boleh la bu ! Kali ini sahaja nak pakai," pujuk Ezzaty sambil merayu kepada Ibu untuk menambah wang jika wang yang dikumpul tidak cukup bagi membeli permainan idamannya. Ibu senyum sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Aduhai! Anak-anak sekarang lebih bijak daripada Ibu. Ibu hanya senyum tanpa angguk kepala. Kalau angguk itu tanda ibu setuju. Kalau ibu setuju maka kekurangan modal untuk beli PSP itu pastinya tertanggung atas ibu.
"Kalau tak beli boleh tak? Bukan ke Zaty dah ada Xbox. Kalau ada PSP bawa pergi sekolah kena rampas. Haa.. Siapa yang nak ambil?" duga Ibu lagi.
"Tak,bukan nak bawa pergi sekolah. Hanya bermain pada hujung minggu bersama kawan-kawan saja," jelasnya lagi penuh harapan. Ibu tidak menjawab kerana sebarang nasihat pun permainan itu juga yang disebut-sebut oleh Ezzaty.Sampaikan telinga ibu naik merah dan marah.
Ezzaty sudah lama menyimpan angan-angan hendakkan psp yang berwarna hijau muda dan putih.Nampaknya bergaya sampaikan duit belanja sekolah yang mama bagi sebanyak tiga ringgit satu hari pun tidak dibelanjakannya. Dia hanya minum air kosong dan roti yang dibawa dari rumah ataupun Ezzaty ikut Ibu puasa sunat hari Isnin dan Khamis. Sekarang duit yang terkumpul sudah cukup untuk membeli sebuah PSP.
Hari itu Ezzaty ajak ayah pergi kedai Sony. Taukeh kedai senyum meleret sambil menunjukkan permainan video yang cerba canggih itu.Pelbagai warna yang ditunjukkan. Biru muda, merah jambu, hitam, putih dan perang.
"Wa..adik,ini PSP sangat bagus ma.. mau beli apa warna?" Ezzaty sudah pening kepala. Semua warna PSP cantik dan menarik. Tapi warna hijau muda dan putih yang paling menarik perhatian Ezzaty.
"Ini PSP berapa boleh kasi?" Tanya ayah kepada taukeh Lim.
"Amoi punya pasal boleh kasi kurang. Empat ratus lima puluh saja. Boleh kasi angkat," jawab tauke Lim. Ezzaty senyum meleret. kalau empat ratus lima puluh maknanya duit simpanannya sudah lebih dari cukup.
"Beli PSP mahal tak dapat hadiah ke tauke Lim?"
"Kami bagi itu casing. PSP baru mesti mau jaga," jawab tauke Lim sambil tersenyum.Hari ini sahaja sudah empat buah PSP terjual. Jika Ezzaty jadi membelinya maka jumlah yang terjual adalah lima buah. Tauke Lim menunjukkan PSP warna hijau putih itu.
Duit empat ratus lima puluh bertukar tangan. Selesai semuanya Ezzaty terus pulang ke rumah dan mengecasnya.
"Ha.. jaga PSP itu baik-baik! Mahal. Bukan nak beli dua tiga kali," nasihat Ibu. Perangai budak-budak ini hanya sayang harta bila baru sahaja. Jika sudah jemu mereka tidak akan ambil tahu. Akhirnya permainan video mahal-mahal akan tersadai di dalam rak. Dan kesudahnya berhabuk.
"Ok bu," janji Ezzaty sambil menyanyi-nyanyi kecil kegembiraan kerana hajat dihati sudah kesampaian. Beberapa orang rakan sudah mula datang. Sue, Hanny, Azira, Madiha dan Harrith.Masing-masing dengan PSP masing-masing. Ada warna putih, hitam ,kuning, merah jambu dan biru.
"Apa kata minggu ini kita main online di rumah aku ! Pasti seronok.." cadang Sue dan disambut sorak tanda setuju.
"Eh ! Bukan ke hari Isnin kita semua ada ujian akhir tahun. Tentu ibu aku tak bagi. Apa kata kita main selepas ujian" cadang Ezzaty . Ibu sudah bagi amaran bermain tetap bermain dan ujian mesti markah penuh. Kalau dapat nombor satu dalam peperiksaan akhir tahun Ibu akan bagi imbuhan. Duit imbuhan itu boleh masuk dalam bank upin ipin. itu janji Ezzaty pada Ibu.
"Ye lah.. Ye la," jawab mereka serentak.
Kisah PSP Sue digodam menjadi bualan ramai. Semalam Sue sudah terduduk. PSP kesayangannya sudah tak boleh dimainkan videonya. Hanya boleh dihidupkan sahaja. Ini mesti kerja budak-budak nakal yang kalah dalam permainan video.
Aduh ! Ezzaty sudah mula takut.PSP dia tidak pernah kena godam berikutan dia telah meletakkan kata laluan pada PSP. Tapi dia juga harus berhati-hati kerana pengodam tidak kira dimana, dan bila, tengah bermain pun kadang-kadang digodam.
Sudahnya, rancangan bermain permainan video di rumah Sue terpaksa ditunda kerana Sue harus mengumpul duit untuk membaiki PSP kesayanganya itu.Mereka semua sudah naik darah dengan pengodam itu.
"Lebih baik main Xbox sajalah. Main PSP pun tak selamat juga," luah Ezzaty dengan nada kesal bercampur geram.Apapun, PSP tetap jadi impian. Biar harga mahal tetapi hati tetap puas.
"Simpan dalam bank upin ipin lagi selamat" masih ingat lagi kata-kata Ibu. Dan selepas ini Ezzaty berjanji akn terus menyimpan duit dalam bank upin ipin untuk kegunaan masa hadapan.
********
Kini, kata-kata ibu telah terbukti. Aku berjaya menjadi ushawan yang terkaya di Malaysia hasil berkat modal yang telah ku tabung sejak kecil lagi. Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu, aku memenangi sebuah kondominium mewah hasil tabungan di SSP (Sijil Simpanan Primium). Kita perlu menyediakan payung sebelum hujan, jika ada sebarang kesulitan pasti wang tabungan kita sedikit sebanyak dapat membantu kita pada masa hadapan". Menabunglah untuk masa hadapan anda.
